Menurut maklumat, pasukan polis Bahrain menyerbu rumah-rumah di perkampungan A'ali dan Al-Diyah dengan melepaskan gas pemedih mata dan memukul penduduk kampung.
Korban hari ini bernama Haj Ali Al-Sakri yang terbunuh akibat terhidu gas beracun. Seorang lagi 'Abbas Ja'afar Sheikh, 22, terbunuh dengan bom yang dilepaskan oleh polis regim di kampung Al-Diyah. Selain itu ramai lagi yang dilaporkan cedera dalam serangan tersebut.
Jumlah seluruh korban sepanjang kebangkitan rakyat menentang kekejaman regim Al Khalifah meningkat kepada 63 orang.
Sumber berita tempatan melaporkan bahawa demontrasi telah diadakan di kampung Ma'ameer, kira-kira 15 kilometer di Selatan Manama. Satu lagi tunjuk perasaan berlangsung di pulau Muharraq.
Di samping itu, pihak polis yang dibantu tentera regim Saudi juga melepaskan gas beracun untuk menyuraikan tunjuk perasaan di kota Sitra, A'alia dan Al-Dirah.

Abbas Jafar Sheikh

